Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Saturday, January 19, 2008

Augustine, Arystine & Allen Bakri

Salam,

3A...adalah 3 beradik. Augustine - T4 (nama panggilan Fini panggil Agus), Arystine - T1(panggil nama betul jarang nk respon, panggil nama manja Yuyi..senyum je) dan Allen - Prasekolah (huhu..Adek ni paling kuat nangis, dengar satu sekolah).

Al-kisah 3 beradik ni Fini kongsikan di sini...dah lama x celoteh pasal sekolah. Dulu, boleh dikatakan tiap petang/malam ada kawan yg sudi n sama2 berceloteh ttg hal anak murid masing2. Erms...

Augustine..Fini dh pernah cerita ttg Agus ni...he's one of my students last year. Tapi this year pun, Agus masih ke kelas pemulihan. Masih lagi di aras rendah. Cuma perubahan yang Fini nampak sejak mula2 Fini ke SKEN dulu, dia susah nak lekat kat kelas/kuat bergerak ke sana sini dlm kelas, pernah menepek di dinding belakang kelas...sekrg alhamdulillah...kemahuannya utk belajar ada, tp masih banyak yg perlu dilakukan utk memulihkannya. Fini kdg, timbul rs kasihan & terfikir ms depan dia. Dia nampak sedikit 'berakal' tahun ni sbb 2 org adik bwh dia yg membuatkan dia nampak lagak sprti seorang abang. Dulu, Yuyi di pra, jd sepanjang ms dlm kelas pra dan tidak menganggu Agus. Tahun ni, Adek (5 thn) pula ke pra...yg menjadi mslh kepada Fini, Adek taknak masuk kelas pra...bila Fini tanya katanya takut. (erm, Fini mcm tak patut je citer hal sek di sini..) Jadinya, Adek akan mengikut Agus ke mana saja Agus pergi.

Kalau Adek ni nak duduk diam dlm kelas yg mana pun Agus pergi, Fini kira Agus akan lebih selesa. Tapinya, sbg contoh; dh 2 kali terjadi...Adek ikut Agus masuk kelas Fini, Fini benarkan siapa jua nak masuk kelas Fini sbb lazimnya ms Pendidikan Islam, budak Asli akan bising n tak buat apa2 dlm kelas, kalau mereka minta izin nak masuk kelas Fini, Fini benarkan...Fini sekadar beri latihan, bantu jika ada kerja sekolah dan jika mereka nak baca apa jua bahan bacaan yg ada, itu sudah cukup baik. Ok, berbalik kepada Agus...semasa Agus dlm kelas Fini, Adek pula Fini akan bagi apa jua ABM yg dpt buat dia ralit sbb Fini perlu jalankan PnP pd Agus. Dalam pd itu, tetiba Adek 'hilang', rupanya dia panggil abangnya Yuyi yg T1 tu utk 'join' sama. Adus, satu kerja pula, Fini kena htr Yuyi ke kelas T1...pujuk punya pujuk soh masuk kelas..ye la kalau tak, mesti dia ketinggalan. Tu pun bakal menjadi pelajar Fini jika dia tak melepasi tahap utk KIA2M nti.

Sekali lagi, Adek ikut Agus ke kelas Fini. Kali ni, Adek nak ke tandas katanya...Agus nak ikut sama, katanya...nti Adek takut. Fini benarkan, tp lama pula ke tandasnya. Fini jengah ke bawah nampak Agus sedang kejar Adek dan jerit, "Adek..Adek". Ish, mcm mana ni...Fini panggil Agus naik...dan Fini terpaksa ckp secara dewasa dengannya..harap dia faham. Fini tanya tujuan Agus ke sekolah, dia jawab, "Nak belajar." Fini kaitkan dengan tanggungjawab yg dia pikul utk jaga adiknya, ada juga ayat yg Fini kira tak patut keluar, "Kalau Agus nak jaga Adek, baik Agus jaga di rumah, tak yah pi sekolah." Tapi menyedari salah ayat Fini tu, Fini cakap n terangkan kenapa Fini cakap mcm tu, dia faham. Ada sekali tu, Fini & Agus sama2 nampak kelibat mak Agus di tingkat atas..separas dengan kelas kami. Agus keluar kelas n jerit pada mak dia dan beritahu adiknya di mana. Fini jd takde mood dlm seminggu ni...kesihatan pun tak berapa baik, tambah pula mcm2 hal. Fini slow talk lagi...tnya Agus, "Mak tau tak kat sekolah, Adek tak mau masuk kelas? Agus kena jaga Adek?" Agus jawab, "Mak tau." Terfikir Fini, adakah Agus akan jadi spt Ikmal? Tp tiada istilah terlewat atau 'kita dah tak boleh nak buat apa' sepatutnya. Jgn la terkeluar ayat2 putus asa ni dr mulut Fini.

Tapi dalam pada tu, ada juga keletah lucu bg Fini ttg dak T1 OA, namanya Anis. Pembahagian rumah sukan tuk pelajar T1 telah dibuat, yg tahun lain masih kekal dgn rumah sukan masing2. Bila Cikgu Rahim dah umumkan nama rumah masing2...Teacher Muna selaku guru kelas T1 bertanya sorang, "Awak rumah apa?" Dengan harapan hanya 2 jawapan yg keluar dr mulut masing2, iaitu rumah BIRU atau rumah MERAH. Tapi, bila sampai turn Anis, "Saya..rumah kayu." Haha, tergelak kami kat BG dgr citer Anis dengan rumah 'sukan'nya.

No comments: